KOPERASI VISAKHA KULIM KEDAH BHD
Menjadikan landasan
pelaburan terbaik.

 
 
PENDAFTARAN AHLI
Permohonan Menjadi Anggota
  • Terbuka kepada Kaum Telugu berwarganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang lahir atau menetap di Utara Malaysia ( Negeri Kedah, Pulau Pinang & Perlis ).
  • Permohonan keanggotaan hendaklah dikemukakan beserta dengan bayaran RM510.
  • Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi koperasi.
  • Borang keanggotaan boleh didapati di koperasi ataupun boleh dimuat turun dari Laman Blog ini.
  • Permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan.
  • Semua permohonan akan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keanggotaan.
  • Kelulusan permohonan menjadi anggota akan diberitahu secara bertulis.
 
 
 
 
KELEBIHAN AHLI   YURAN PENYERTAAN
  • Mendapat keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Koperasi
  • Nikmati faedah yang Tinggi dengan skim pelaburan Koperasi
 
  • Permohonan keanggotaan hendaklah dikemukakan beserta dengan bayaran RM10 Fee masuk dan RM500 sebagai syer.
 
 
 
 
PEMBERHENTIAN
Menurut peruntukan aturan Undang-Undang Kecil Perkara 20 dan 21 seseorang anggota akan hilang kelayakan sebagai anggota jika dalam masa menjadi anggota dia:-
  • Hilang kewarganegaraan
  • Hilang keupayaan dari segi mental
  • Bankrap
  • Disabitkan atas satu kesalahan boleh daftar
 
Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab-sebab di bawah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan:-
  • Meninggal dunia
  • Menarik diri menurut Undang-Undang Kecil 22
  • Dibuang menurut Undang-Undang Kecil 23
 
 
 
 
BORANG-BORANG
Sila muat turun borang-borang mengikut keperluan anda:-
 
Borang pendaftaran koperasi  
Borang bayaran dividen secara Online Banking  
 
 
KOPERASI VISAKHA KULIM KEDAH BHD @ 2015
Powered By DATA nGEN TECH (M) Sdn Bhd